Penganjur ‘Run For Hope 2013’ masih terima sokongan penaja

0

MIRI: Pihak penganjur larian amal ‘Run For Hope 2013’, Hash House Harrier (HHH) Cabang Miri masih mengalu-alukan para penaja bagi menyokong aktiviti berkenaan.

Menurut jurucakap penganjur, pihaknya menggalakkan mana-mana pihak yang berminat untuk tampil menaja bagi membantu dan menyokong serta meme-riahkan aktiviti larian amal itu.

Katanya, bagi menggalak-kan penyertaan daripada orang awam, pihak penaja dan penganjur akan menyediakan manfaat seperti baju-T untuk 250 peserta pertama yang mendaftar sebagai pelari larian amal, lencana larian amal bagi 500 peserta pertama, minuman dan belon percuma untuk kanak-kanak.

“Tajaan serta sokongan yang diberikan turut akan membantu menceriakan pesakit kanser yang memerlukan bantuan,” katanya di sini semalam.

Antara penaja utama larian amal terbabit ialah Bintang Megamall Miri, Meritz Hotel, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd, Curtin University Sarawak dan Yu Shan Printing.

Larian amal ‘Run For Hope 2013’ turut mendapat sokongan daripada Misa Luvi Dance Academy di sini.

Yuran penyertaan larian adalah RM20 untuk se- orang dan hadiah menarik seperti penginapan satu malam di Meritz Hotel turut menanti pengumpul derma terbanyak bagi aktiviti ber-kenaan.

Larian amal ‘Run For Hope 2013’ sejauh lima kilometer akan diadakan pada 3 Februari tahun depan bermula pada jam 3 petang bermula dari Bintang Megamall Miri.

‘Run For Hope 2013’ sempena sambutan Hari Kanser Sedunia merupakan anjuran HHH dengan kerjasama Bintang Megamall Miri.

Mereka yang ingin menjadi penaja atau menyertai larian amal tersebut boleh menghubungi Pengerusi Penganjur, Daniel Francis Forsythe (HHH) di talian 012-8951056, Bintang Megamall Miri atau Corriena Chiam (085-438877) atau Christopher (016-8721225).