Monday, May 27

Sisha jadi kegemaran remaja kota

0

Ramai yang melepak untuk menghabiskan masa terluang cuti sekolah

KUCHING: Cuti sekolah merupakan saat yang paling dinanti-nantikan oleh golongan pelajar, tetapi jika tidak dimanfaatkan de- ngan baik, ia boleh men-dorong pelajar terjebak dengan kegiatan yang tidak ber- faedah.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar bandar raya ini mendapati sebahagian dari- pada pelajar sekolah terutama yang tinggal berhampiran bandar lebih gemar membuang masa dengan aktiviti melepak.

Apabila ditanya mengapa tidak mencari kerja sementara, jawab mereka, sukar untuk mendapat kerja sementara masa ini kerana majikan enggan mengambil pekerja sementara.

Mungkin sebab itu, ada di kalangan mereka lebih gemar menikmati menu sisha iaitu sejenis peralatan yang me-nyerupai rokok paip untuk meluangkan masa mereka bersama rakan-rakan.

Meskipun, sisha tidak mengandungi nikotin ataupun bahan-bahan terlarang lain yang boleh menyebahkan khayal, namun aktiviti ini dilihat sebagai satu perilaku yang tidak sihat untuk anak-anak remaja.

Menurut salah seorang daripada sekumpulan remaja yang leka menghisap sisha di salah sebuah restoran terbuka di Lebuh India di sini, menghisap sisha merupakan satu daripada aktiviti untuk mereka mengisi masa terluang cuti sekolah.

Enggan namanya disiar-kan, remaja sekitar 15 hingga 18 tahun ini berkata, sisha tidak mengandungi bahan berbahaya yang boleh me-nyebabkan ketagihan, tetapi ia boleh melegakan rasa ke-tagihan terhadap rokok se-benar.

“Untuk membeli rokok atau rokok elektronik adalah agak mahal untuk kami yang masih belum bekerja. Jadi kami lebih gemarkan sisha yang mana ia jauh lebih murah dan boleh dikongsi bersama sambil berbual dan menikmati minuman ringan,” katanya.

Ditanya sama ada menghisap sisha boleh mendatangkan kesan buruk, remaja ini berkata ia tidak berba- haya kepada kesihatan si penghisap kerana jelas sekali tidak mengandungi bahan nikotin.

Asap yang keluar ketika disedut hanyalah merupakan wap air yang dipanaskan dengan arang dan memberikan rasa seperti yang telah dipilih yang mana kebanyakan adalah perisa buah-buahan sepenuhnya.

Menu Sisha yang disediakan dalam pelbagai perisa buah-buahan seperti strawberi, epal, buah-buah campur, ceri, mint dan anggur pada harga RM15 bagi sekali penggunaan yang mana boleh dinikmati untuk satu tempoh yang lama.