Karpal terus memimpin parti

0

GEORGE TOWN: Pengerusi kebangsaan DAP Karpal  Singh terus kekal memimpin parti itu setelah dilantik lagi memegang jawatan berkenaanoleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) semalam.

Karpal yang tidak digemari oleh beberapa pemimpin DAP sebelum ini, dilantik sebagai pengerusi bagi penggal ketiga setelah memegang jawatan itu sejak 2004,selepas mendapat undi ketiga tertinggi dalam pemilihan CEC pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung di sini kelmarin.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dikekalkan sebagai Setiausaha Agung, ketika mengumumkan senarai barisan baharu kepimpinan DAP, berkata Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai dilantik sebagai timbalan pengerusi kebangsaan bagi menggantikan tokoh veteran yang juga Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw, yang gagal dipilih sebagai anggota CEC.

Guan Eng berkata DAP menubuhkan sebuah biro baharu yang dikenali sebagai Biro Pakatan Rakyat dan dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri SelangorDatuk Teng Chang Khim.

“Biro ini penting untuk menunjukkan DAP memainkan peranan bahawa  pakatan DAP-PKR-PAS adalah satu alternatif tulen, benar dan betul untuk rakyat Malaysiabuat perubahan,” katanya.

Guan Eng juga mengumumkan pelantikan Dr Chen Man Hin sebagai penasihat parti dan dua wakil DAP Melayu iaitu Senator Ariffin Omar dan setiausaha politikkepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari sebagai anggota CEC.

Lapan lagi anggota CEC yang dilantik adalah Seng Giaw, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin, Pengerusi Majlis Perundingan Dayak Dr John BrianAnthony, Pengerusi DAP Sabah Dr Edwin Bosi, Pengerusi DAP Pahang Leong NgahNgah, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan AdunPasir Pinji Thomas Su Keong Siong.

Dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Disiplin kekal dipengerusikan Kok Wai dan Biro Perundangan oleh Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Dua lagi jawatankuasa baharu dibentuk iaitu Biro Kebudayaan yang diketuai Adun Senawang  P.Gunasekaran dan Biro Buruh yang diketuai Adun Sungkai  A.Sivanesan.

Ramasamy, yang kalah dalam CEC, dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung bersama Ketua Wanita DAP Chong Eng dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Beberapa tokoh veteran parti termasuk Lim Kit Siang dan Seng Giaw dilantik menganggotai Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan. — Bernama