AUG: Jangan bergantung kepada atlet kebangsaan

0

SELAMAT TIBA: Seramai 176 orang atlet bersemangat melaungkan ‘Malaysia Boleh’ sejurus tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang dari menghadiri Temasya Sukan Unversiti ASEAN (AUG) kali ke-16 di Vientiane, Laos, semalam. — Gambar Bernama

VIENTIANE: Temasya Su­kan Universiti ASEAN (AUG) 2012 yang melabuhkan ti­rainya di ibu negara Laos se­malam, menyaksikan hampir kesemua acara yang disasar kontinjen Malaysia menyum­bangkan pingat emas sekali gus menempatkan negara sebagai juara keseluruhan kejohanan itu.

Renang, terjun dan olah­raga yang menjadi antara sandaran utama negara tidak menghampakan apabila men­jadi penyumbang terbanyak pingat emas buat kontinjen universiti Malaysia.

Mereka mempamerkan prestasi cemerlang untuk membantu kontinjen Malay­sia yang dibarisi 306 atlet un­tuk mengungguli carta pun­gutan pingat pada temasya tersebut dengan membawa pulang 60 pingat emas, 47 perak dan 72 gangsa.

Kejayaan itu sekali gus menobatkan Malaysia buat pertama kalinya sebagai juara keseluruhan dan lebih manis kejayaan itu diraih di luar negara.

Kali terakhir Malaysia bergelar juara keseluruhan ialah ketika menjadi tuan ru­mah pada edisi ke-14, empat tahun lepas.

Acara terjun juga tidak menghampakan apabila men­yapu bersih kesemua empat pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut.

Atlet olahraga turut men­curi tumpuan apabila berjaya melepasi sasaran yang ditetap­kan dengan meraih 11 emas, 10 perak dan enam gangsa manakala karate-do dan mem­anah, masing-masing meraih tujuh dan enam emas.

Namun begitu, kejayaan kontinjen universiti negara pada temasya dwitahunan itu dilihat masih bergantung kepada sumbangan atlet elit kebangsaan yang bertaraf dunia serta dalam sukan-su­kan tertentu.

Membariskan 30 peratus atlet elit kebangsaan dalam kontinjen Malaysia, kesemua mereka tidak menghampakan apabila menyumbangkan pin­gat emas kepada negara.

Atlet Olimpian seperti Khoo Cai Lin, Bryan Nickson Lo­mas, Leong Mun Yee yang menyumbangkan pingat emas merupakan atlet berprestasi tinggi bukan sahaja di pering­kat antarabangsa tetapi telah menempah nama di peringkat Asia dan dunia.

Justeru, bagi memastikan kontinjen universiti Malay­sia terus unggul di peringkat antarabangsa, pembangunan sukan untuk atlet berkenaan perlu dipertingkat agar ke­jayaan itu tidak hanya bergan­tung kepada atlet elit kebang­saan dan dalam sukan tertentu, pada temasya akan datang.

Dasar yang diperkenal­kan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan men­ubuhkan pusat kecemerlan­gan sukan di setiap universiti perlu lebih menyeluruh dalam melahirkan atlet kebang­saan bertaraf antarabangsa di peringkat universiti.

Acara sukan lain seperti ping pong, petanque, pencak silat, judo, tenis dan Muay Thai juga boleh menyerlah jika atlet-atlet itu digilap kerana pada temasya kali ini, mereka mampu menyumbangkan sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara masing-masing.

Ketua kontinjen Malay­sia, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata beliau bangga dengan pencapaian atlet yang tidak dil­etakkan harapan apabila meny­umbangkan sekurang-kurang­nya sebutir pingat gangsa dalam acara masing-masing.

“Kita hanya menyasarkan kutipan pingat bagi acara akuatik, memanah, olahraga dan karate-do. Memang kita tidak letakkan harapan tinggi dalam sukan lain, namun kebanyakan atlet kita buat kejutan seperti dalam pencak silat, wushu, judo dan tenis. — Bernama