Warga emas kerugian RM5,000 beg dicuri ketika masuk tandas

0

SIBU: Seorang lelaki warga emas kerugian kira-kira RM5,000 ketika membuang air kecil di tandas awam di sebuah terminal bas di sini pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi, lelaki itu telah meminta penjaga tandas di situ menjaga begnya sekejap sementara dia memasuki tandas.

Apabila lelaki berumur 61 tahun itu mahu mendapatkan begnya semula, penjaga di situ memberitahunya bahawa begnya sudah didiambil oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Penjaga tandas tersebut mendakwa bahawa dia tidak dapat mengecam wajah lelaki yang mengambil beg pengadu.

Pengadu yang bekerja secara kontrak di Jabatan Perhutanan Bintulu itu terpaksa menanggungkan perjalanannya ke Bintulu untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan begnya.

Menurut laporan, pengadu kehilangan sebuah komputer riba, kompas, alat navigasi GPS dan perkakas kerja yang lain kesemuanya bernilai lebih RM5,000.