Sunday, October 20

6,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Sayangi Selangor

0

SHAH ALAM: Sebanyak 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan terutamanya kepada golongan belia lepasan sijil dan diploma sempena KarnivalSayangi Selangor selama empat hari bermula hari ini di I-City, Seksyen 7 di sini.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) Datuk Imorhizam Ibrahim berkata peluangpekerjaan itu ditawarkan menerusi kaunter Jobs Malaysia yang dibuka dengankerjasama MBS membabitkan 30 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata orang ramai terutamanya golongan muda boleh menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan melalui temuduga terbuka sepanjang karnival itu berlangsung.

“Mereka yang berminat boleh mengunjungi kaunter di Dataran Digital I-City, isi borang dan akan ditemuduga oleh wakil syarikat berkenaan,” katanya dalamsidang media di tapak karnival itu.

Imorhizam berkata keputusan temu duga juga akan dimaklumkan pada hari yang sama kepada calon terbabit.

Beliau berkata sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan apabila seramai 2,000 orang telah mendaftar dalam tempoh dua jam kaunter itu dibuka semalam.

Afiqah Yaacob, 25, dari Shah Alam berkata kaunter Jobs Malaysia yang diadakan sangat berfaedah dan membuka peluang kepada mereka yang masih mencari pekerjaan mencuba nasib dengan tawaran pekerjaan yang diberikan.

“Saya menyambut baik usaha ini dan berharap kalau boleh pada masa hadapan akan ada lebih banyak syarikat yang ambil bahagian dan menawarkan pekerjaan bagikelulusan ijazah juga, kerana ramai yang mempunyai ijazah turut hadir pada hariini,” kata lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

M. Tamilmoha, 27, yang tidak melepaskan peluang itu berkata beliau mengisi borang dengan empat buah syarikat dan yakin akan mendapat peluang berdasarkanrespons yang diberikan.

Sementara itu, Irmohizam berkata lebih 2,000 belia menyertai ‘Larian Keamanan Gaza’ sempena pembukaan karnival itu yang antara lain bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.

Tabung derma turut disediakan di kaunter Aman Palestin sepanjang karnival berlangsung, katanya.

Selain itu, Puteri UMNO Selangor membuka kaunter pemeriksaan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Pusat Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Selangor, Shuratini Ab Rahman berkata, antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan darah tinggi dan Indeks Jisim Badan (BMI).

Antara acara menarik malam ini ialah Pertandingan Gendang Cina dan India serta persembahan pentas. — Bernama