Harimau Muda ratah Ngap Sayot

0

Persiapan S’wak hadapi saingan Liga Perdana 2013 diragui selepas mudah dijinakkan skuad Kim Swee

HALANG: Mohd Hairol Mokhtar mengekang asakan Wan Zack Haikal (kiri) pada perlawanan persahabatan di Stadium Negeri, Kuching malam Jumaat lalu.

KUCHING: Persiapan Sarawak menghadapi saingan Liga Perdana 2013 sedikit diragui apabila tewas kepada Harimau Muda pada perlawanan persahabatan di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin.

Da l am p e r l awa n a n yang disaksikan kira-kira 20,000 penon- t o n , Ng ap S ayo t m u – dah dijinakkan o l e h skuad kendalian Ong Kim Swee dengan jaringan 4-2.

Meskipun mendahului seawal minit keempat hasil jaringan Bobby Gonzales yang menerima hantaran cantik daripada Ivan Babic, aksi anak-anak buah Roberts Alberts selepas itu longlai dan hanya mempamerkan permainan bertahan.

Ia sekali gus memberi ruang kepada pasukan pelapis negara menyamakan kedudukan pada minit ke- 30 menerusi jaringan Wan Zaharulnizam.

Bermula separuh masa kedua, aksi Harimau Muda tampak lebih garang apabila berjaya menambah jaringan menerusi tendangan penalti yang disempurnakan Wan Zack Haikal pada minit ke-57.

Pada minit ke-85, Harimau Muda memperolehi gol ketiga menerusi sepakan percuma cant i k Wan Zaharulnizam dan kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-90 hasil jaringan Mo h d Norizan.

Gol ‘sagu hati’ kedua Sarawak m e n j e l m a pada mini t ke-93 ‘masa t a m b a h a n ’ menerusi tendangan penalti yang mudah disempurnakan oleh Babic.

Dibarisi perancang sensasi Joseph Kalang Tie dan Guy Bwele sambil dibantu Shahrol Saperi (ketua pasukan), aksi Sarawak nampak kurang bertenaga terutamanya di barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah.

Bagaimanapun, sesuatu yang positif dapat dilihat dalam perlawanan tersebut tatkala jentera tengah Sarawak mampu melakukan hantaran menarik kepada pemain sayap dan penyerang.

Tiga perlawanan persabahabatan sebelum ini menyaksikan Sarawak menewaskan Negeri Sembilan 1-0, seri dengan Harimau Muda 1-1 dan tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-2.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Ketua Jurulatihnya Robert Alberts tetap optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk memberi saingan sengit dalam Liga Perdana musim baharu.

“Walaupun tewas pada perlawanan ini, pemain-pemain kita telah menunjukkan perkembangan positif terutamanya dari segi hantaran dan kawalan bola.

“Ini hanya perlawanan persahabatan untuk menguji keserasian pemain terutamanya pemain import, Ivan Babic dan Bobby Gonzales di bahagian serangan,” katanya.

Beliau berkata, empat perlawanan yang diharungi anak-anak buahnya merupakan persediaan terbaik bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2013 nanti.

“Perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini adalah untuk membentuk keserasian antara pemain baharu dan lama,” katanya.

Dalam pada itu, Alberts tetap yakin anak-anak buahnya mampu memberikan saingan getir kepada pasukan- pasukan lawan pada Liga Perdana musim baharu yang bakal bermula 7 Januari depan.