Sunday, October 20

Muhyiddin tiba di Keningau rasmi kongres PBRS

0

KENINGAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini semalam untuk merasmikan persidangan perwakilan ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Dewan Masyarakat Keningau, di sini.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tiba di sini jam 10.40 pagi menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Muhyiddin, Musa dan Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dijadual menghadiri menghadiri jamuan dalam suasana perayaan Krismas dan Tahun Baharu di dewan itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Keningau adalah sebuah pekan kecil di selatan Kota Kinabalu yang terletak di pinggir Banjaran Crocker. — Bernama