Keputusan MUET sesi November 2012 diketahui Selasa depan

0

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian Malaysian University English Test  (MUET) bagi sesi November 2012 akan dikeluarkan 8 Jan depan, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam.

Seramai 75,634 orang menduduki ujian itu.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapat keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakalacalon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

“Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan dihantar ke 15888, mulai jam 12:01 tengah malam 8 Jan atau melalui online dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai jam 9 pagi pada tarikh tersebut,” kata  kenyataan itu.

Bagi calon yang mahu membuat semakan semula keputusan mereka, boleh berbuat demikian dengan membuat bayaran sebanyak RM70 yang tarikh tutup rayuan ialah pada 14 Jan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM di www.mpm.edu.my.

Bagi calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan, mereka boleh membuat pendaftaran untuk sesi Mac 2013 secara online melalui laman web MPM atau menerusi www.mesp.gov.my/online. — Bernama