Tuesday, November 19

Lebih RM2 juta wang ihsan diagih di Pengkalan Chepa

0

KOTA BAHARU: Sebanyak RM2,487,150 wang ihsan telah diagih kepada sebahagian besar penduduk di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa sepanjangtahun lepas, kata Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin.

Beliau berkata antara bantuan yang disalurkan menerusi wang ihsan adalah bantuan awal persekolahan, persediaan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta bantuan membaiki rumah.

“Wang ihsan ini disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan sebagai penghubung kepada kerajaan persekutuan untuk membantu rakyatyang memerlukan bantuan.

“Bantuan yang dihulurkan juga tidak berdasarkan fahaman politik, ia adil kepada semua pihak supaya rakyat tahu peranan yang kita mainkan di bawahpentadbiran JPP,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan kepada Pelajar IPTA kawasan Parlimen Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 115 pelajar menerima bantuan RM300 (bagi Matrikulasi dan Asasi Sains), RM500 (diploma) dan RM800 (ijazah) dengan peruntukan sebanyak RM75,000.

Dali berkata sepanjang 2012 juga, seramai 1,996 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA telah diberikan bantuan di bawah bantuan wangihsan dengan peruntukan sebanyak RM1,193,600. — Bernama