Kanak-kanak cedera mercun meletup di tangan

0

KUCHING: Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun bernasib baik kerana tidak kehilangan jari-jarinya setelah mercun ‘bom udara’ meletup di tangannya.

Insiden sekitar jam 1 petang itu berlaku ketika mangsa dan rakannya bermain bunga api di Kampung Bangau, Batu 14 Jalan Puncak Borneo.

Ibu mangsa yang mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak memberitahu, anaknya menyalakan ‘bom udara’ dan cuba meleparkannya ke kawasan belukar apabila ia terjatuh semula di tangan kirinya.

Mercun tersebut dikatakan dibeli oleh anaknya dan rakannya di sebuah kedai di kampung tersebut.

Ekoran letupan mercun tersebut, tapak tangan kanak-kanak berkenaan terpaksa dijahit namun tidak menjurus kepada kehilangan jari-jarinya.