Sumbangan S’wak kepada KDNK M’sia mungkin lebih 10%

0

KUALA LUMPUR: Sumbangan Sarawak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkemungkinan melebihi 10 pe-ratus dalam masa terdekat ini, de-ngan dipacu oleh potensi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Pengarah Urusan Kumpulan K & N Kenanga Holdings Bhd Chay Wai Leong berkata, ia juga akan menjadi satu daripada tiga negeri terunggul dari segi perkapita KDNK dalam masa yang sama.

“Kami menjangka untuk bergiat lebih cergas di wilayah itu dalam bulan-bulan akan datang,” katanya pada persidangan bertajuk ‘Sarawak Growth Story’, di sini Khamis lalu.

Sebagai permulaan, kumpulan itu akan menubuhkan sebuah pa-sukan perbankan pelaburan khusus yang berpangkalan di Kuching untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Chay berkata kumpulan itu komited terhadap pertumbuhan dan pembangunan Sarawak.

“Sebahagian daripada agenda pertumbuhan bagi tahun ini ialah untuk memperkukuh kedudukan perbankan pelaburan kami di Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Sementara itu, Penasihat Eko-nomi Unit Perancangan Negeri Sarawak Chang Ngee Hui berkata, KDNK negeri dijangka meningkat lima kali ganda menjelang 2030, dengan pelaburan dirancang ber-nilai RM200 bilion daripada sektor swasta di bawah SCORE.

Beliau berkata ini mungkin di-capai bersandarkan kepada teras SCORE, iaitu pembangunan sumber tenaganya yang besar, terutama arang batu dan kuasa hidro.

Sarawak sudah bersedia untuk mencapai status pendapatan tinggi dengan pengwujudan 1.6 juta lagi pekerjaan nilai tokok yang tinggi.

Beliau berkata tumpuan yang besar diberikan di bawah Rancang-an Malaysia Ke-10 untuk meningkatkan prasarana Sarawak, meng-uruskan perbandaran dan meng-ubahnya menjadi sebuah hab pembangunan tenaga. — Bernama