Monday, October 21

Penyokong pembangkang dalam komuniti Bidayuh ibarat kacang lupakan kulit

0

KUCHING: Individu yang menyokong pembangkang dalam komuniti Bidayuh ibarat kacang lupakan kulit, kata salah seorang ketua masyarakat yang enggan namanya didedahkan.

Jelas beliau lagi, jika benar pembangkang mampu menjadi kerajaan negeri belum pasti lagi keutuhannya sebagai pemerintah negara di peringkat persekutuan berupaya menggerakkan negara ini.

“Banyak pembangunan yang telah dijalankan oleh kerajaan di kawasan Mambong ini tetapi saya tidak hairan sekiranya terdapat penyokong pembangkang yang tidak pernah kenal erti berterima kasih,” katanya mengulas kenyataan akhbar pihak pembangkang yang seolah-olah calon yang dipilih bakal menerajui Parlimen Mambong dengan jayanya, semalam.

Pembangkang tidak akan mampu memerintah negeri ini sebaik kerajaan (BN) sedia ada, ujarnya kepada pemberita.

Justeru, beliau memohon agar kaum Bidayuh bijak memilih pemimpin yang ber-upaya melakar pembangunan demi masa depan anak bangsa kaum minoriti itu.

Pada masa sama, beliau bersyukur dengan kesedia-an masyarakat Bidayuh di beberapa kampung sekitar Empangan Bengoh bersetuju untuk berpindah.

Menurutnya, ia merupakan perkhabaran baik dan beliau percaya nasib dan kebajikan kaum Bidayuh akan sentiasa dijaga oleh kerajaan.