Monday, December 6

103 dikurnia darjah kebesaran negeri S’wak

0

MIRI: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Ne- geri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin telah mengurniakan darjah-darjah kebesaran negeri Sarawak kepada 103 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran  Negeri Sarawak di Hotel Miri Marriott Resort and Spa (MMRS) di sini, semalam.

Tiga penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) ialah ACP Azam Abdul Hamid, Mohamed Zahari Razali dan Sharifah Aishah Tuanku Fauzi.

Sementara lapan penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Ke-nyalang Sarawak Pe-  gawai Bintang Kenyalang (P.B.K) ialah ACP Khir Busrah, Kaunselor Anuar Ahmad, Azman Abd Aziz, Dusit Jaul, Kaunselor Lila Mohamad, Kaunselor Hellen Kasing Labo, Muhammad Hazmi Drahman dan Penghulu Samad Alip.

TYT turut mengurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) kepada 27 penerima, Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) kepada enam penerima  dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 31 penerima.

Majlis turut menyaksi-kan penyampaian Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) kepada lapan pe-nerima dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) kepada 20 penerima.