Pelajar Curtin Sarawak terima biasiswa MyBrain15

0

TAHNIAH: (Dari kiri) Wong, Lue dan Alex Goh merakamkan kenangan semasa pertandingan Open Source Sarawak yang lalu.

MIRI: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah (Kejuruteraan Elektrik) dari Universiti Curtin Sarawak, Lue Ik Hong terpilih untuk menerima biasiswa MyBrain15.

Beliau merupakan penerima kedua dari Curtin yang layak untuk menerima biasiswa itu. Penerima pertama ialah pelajar kursus Kejuruteraan Komputer dan Elektrik (ECE), Billy Lau Pik Lik pada tahun lalu.

MyBrain15 merupakan program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan  menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Ia bermatlamat untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan bakat bertaraf dunia yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di bawah program ini, kerajaan menyasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 peme-gang doktor falsafah (PhD) dari rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

Penyelia Lue, Dr Wong Kiing Ing yang juga merupakan Pensyarah Kanan ECE, menyifatkan Lue sebagai seorang yang rajin dan cemerlang yang membolehkan beliau menjuarai pertandingan Open Source Sarawak pada November 2011.

Lue juga menghasilkan projek bertajuk Sistem Pembentungan yang Berkos Rendah, Berskala, Pemantauan Berterusan dan Penilaian berasaskan Rangkaian Sensor Tanpa Wayar (WSN) menjuarai pertandingan oleh Sarawak Information System Sdn Bhd.

“ECE telah mengecapi banyak kejayaan termasuk menerima geran berjumlah RM137,000 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk me-lakukan penyedilikan terhadap ‘system-on-chip architectures’ (seni bina) yang cekap tenaga,” jelas Ketua ECE, Profesor Madya, Dr Ashutosh Kumar Singh.

Pada tahun lalu, ECE dan Institusi Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (IEEE) cawangan Curtin telah menganjurkan pameran elektronik secara besar-besaran.

Salah seorang pelajarnya, Chin Pin Rui yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Falsafah (Kejuruteraan Komputer dan Elektrik) mewakili Curtin pada pertandingan pertandingan perhubungan ‘Three Minute Thesis’ (3MT) dianjurkan oleh Universiti Queensland, Australia.