BDA terima Anugerah Khas sempena Maulidur Rasul

0

PELAJAR CONTOH: Para pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Pelajar Mithali sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu merakam kenangan bersama Talib, tetamu kehormat, ibu bapa dan guru-guru mereka yang hadir.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima Anugerah Khas sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1434 Hijrah semalam.

Manakala Anugerah Tokoh Pelajar Mithali (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah -UPSR) 2012 diberikan kepada Mohd Zaireen Bujang dan Ayda Maradeeya Masli Eswandy.

Anugerah Tokoh Pelajar Mithali (Penilaian Menengah Rendah-PMR) 2012 pula diterima oleh Afnan Baharin dan Nur  Husninan Asyura Mezalan.

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Dalam pada itu, Kontinjen Terbaik perarakan masing-masingnya disandang oleh Majlis Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)(kategori A), Sarawak Forestry Corporation (kategori B), Surau Darul Islam Kampung Jabai (kategori C), Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Bintulu (kategori D), SMK Baru (kategori E) dan SK Assyakirin (kategori F).

Manakala johan Pertandingan Sepanduk untuk kategori A pula disandang oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tatau, naib johan  Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu dan ketiga PERBINDA BDA.

Ini diikuti johan kategori B Telekom Malaysia Bhd, naib johan Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) dan ketiga Samling Plywood.

Johan untuk kategori C Surau Darul Yakin Kampung Kuala Segan, kedua Masjid Kampung Jepak dan ketiga Masjid At Taqwa RPR Sebiew disusuli johan kategori D Hospital, naib johan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penan Muslim Batu 10 dan ketiga Kelab Silat Bela Diri Bunga Putih.

Johan kategori E SM Vokasional, naib johan SMK Bandar dan ketiga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) manakala johan kategori F SK Assyakirin, naib johan SK Agama Majlis Islam Sarawak dan ketiga SK Kidurong.