Lari daripada janji tidak ditepati, Larry bertanding di Lubok Antu

1

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak mendakwa bahawa Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di Lubok Antu kerana lari daripada janji yang tidak ditepatinya di Julau mahupun Parlimen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus selama ini.

“Kenapa Larry enggan ber-tanding di Parlimen Julau mahupun kawasan Parlimen di kawasan DUN Pelagus di mana dia pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu?” tanyanya.

“Jawapannya mudah kerana pengundi di kawasan tersebut sudah masak dengan perangai Larry dan bapanya Datuk Sng Chee Hua yang kerap menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan mereka berdua,” katanya.

“Sebab-sebab itulah dia memilih Parlimen Lubok Antu kerana mereka berdua (Larry dan Sng) percaya rakyat Lubok Antu belum masak perangai mereka berdua.

“Jadi saya di sini menasihati anda semua agar tolak Larry sekiranya hasratnya hendak bertanding di Lubok Antu menjadi kenyataan kelak sebelum dia memperbodohkan kita semua,” katanya.

Nyalau selaku naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Assan, Sedarat Mawang, Engkilili, di sini, semalam.

Menurut beliau, kehadiran parti pembangkang seperti SWP hanyalah bertujuan meraih sokongan politik daripada rakyat dan akan menghilangkan diri sebaik sahaja berakhir Pilihan Raya Umum nanti.

“Mereka ini tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya mementingkan diri sen-diri maka saya meminta rakyat agar tidak mudah terperangkap dengan janji manis daripada pihak ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA Engkilili Edwin Ancheh dan masya-rakat sekitar Engkilili.