Tuesday, November 12

Dua maut dalam kemalangan di Ranau

0

RANAU: Dua orang maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di Km40, Jalan Ranau-Telupid kelmarin.

Yang terbunuh dalam kejadian jam 5 petang itu ialah Haris Palisan, 26, yang memandu kereta Myvi dan penumpangnya Fuzianah Dominding, 29.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Abdul Rahman Kassim dalam satu kenyataan berkata, kedua-duanya maut di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Ranau.

Haris merupakan pemandu bas sebuah syarikat pengangkutan sementara Fuzianah seorang guru yang berasal dari Kampung Rani Tenghilan, Tuaran.

Sementara pemandu kereta Nissan Navara yang turut terlibat, Lin Jia Yeh, 21, cedera pada paha kanan dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. — Bernama