Lee kunjungi beberapa rumah ahli SUPP sempena TBC

0
GONG XI FA CAI 2013: Lee (duduk kiri) bersama ahli SUPP yang lain merakam kenangan ketika berkunjung ke rumah Tang (duduk dua kiri) di Desa Pujut 2.

GONG XI FA CAI 2013: Lee (duduk kiri) bersama ahli SUPP yang lain merakam kenangan ketika berkunjung ke rumah Tang (duduk dua kiri) di Desa Pujut 2.

MIRI: Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin semalam mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke beberapa rumah ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin serta pengerusi SUPP Senadin turut diiringi beberapa ahlinya memulakan kunjungan ke kediaman Tang Siong Chung di Desa Pujut 2 Permyjaya, diikuti dengan Wong Ka Bing di Desa Indah 2 Permyjaya dan Lim Kang Hock di Desa Pujut Permyjaya.

Kunjungan sempena Tahun Baharu Cina itu juga adalah untuk mengeratkan dan mengekalkan lagi semangat serta muhibah di kalangan ahli SUPP.