K’jaan cadang bina SJKT lengkap asrama

0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang dilengkapi kemudahan asrama bagi menempatkan pelajar dari kawasan pendalaman.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata asrama itu bertujuan mempertingkat dan menyediakan kemudahan pendidikan lebih baik untuk pelajar kaum India.

“Asrama itu kita sediakan untuk pelajar SJKT tahun satu hingga enam, khusus untuk murid dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah serta dari kawasan pendalaman, untuk belajar dan tinggal di asrama.

“Kita akan memastikan mereka akan mendapat pelajaran yang terbaik dan asrama itu akan dibina dalam masa terdekat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pendidikan dan Falsafah anjuran Pertubuhan Pemikiran dan Kesedaran Tamil Malaysia semalam. — Bernama