Wednesday, July 8

Akademi Bola Sepak BDA berjaya cungkil bakat pelajar sekolah

0

BINTULU: Beberapa pelajar sekolah berumur 17 dan 12 tahun ke bawah berjaya menamatkan sesi latihan Akademi Bola Sepak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Edisi 2012/2013 di Padang Dewan Suarah Bintulu kelmarin (Ahad).

Sesi latihan itu bermula pada November tahun lalu dan berakhir Ahad lalu bertujuan mencungkil bakat para pelajar sekolah dalam sukan bola sepak.

Jurucakap akademi itu berkata, tujuan lain sesi latihan itu adalah untuk memilih pelajar mewakili pasukan Akademi Bola Sepak BDA pada Kejohanan Bola Sepak Piala Tunas Harapan Edisi Ketujuh pada 22 hingga 24 Februari ini.

“Pihak jawatankuas a Akademi Bola Sepak BDA berharap pelajar-pelajar yang terpilih memasuki pasukan akademi dapat menunjukkan mutu permainan baik apada kejohanan itu kelak.

“Kepada yang tidak terpilih, mereka diharapkan terus menjalani latihan lebih giat supaya dapat terpilih pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, majlis ringkas penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar terpilih disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA), Duke Janteng turut disaksikan oleh Jurulatih Akademi Bola Sepak BDA, Shapi’e Ahmad.