Singgah Selalu I ungguli bola sepak tujuh sebelah

0
UNGGUL: Vincent Lau (tiga kiri) menyampaikan piala kejuaraan kepada pasukan Singgah Selalu I yang mengungguli kejohanan bola sepak tujuh sebelah Terbuka Sibu. Turut kelihatan Hajis (dua kiri) di Sibu petang Ahad lalu.

SIBU: Pasukan Singgah Selalu I muncul juara kejohanan bola sepak tujuh sebelah Terbuka Sibu 2013 selepas menewaskan Nazario FC pada perlawanan akhir di Padang Penjara Sibu, petang Ahad lalu.

Pada aksi final itu, Singgah Selalu I menewaskan Nazario FC dengan jaringan 2-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 1-1 pada sepenuh masa perlawanan.

Tempat ketiga dikongsi bersama oleh RISDA FC dan Penjara A.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM800 berserta piala dan medal manakala naib juara menerima RM500 berserta piala dan medal.

Tempat ketiga bersama masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala dan medal.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Temenggong Vincent Lau dan turut dihadiri oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SDFA), Abdul Hajis Abdullah.

Sebanyak 28 pasukan sekitar Bahagian Sibu terma suk da e r ah Sa r a tok menyertai kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh SDFA.