2,035 pelajar Politeknik Mukah terima bantuan BB1M

0

MUKAH: Seramai 2,035 pelajar Politeknik Mukah menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) semalam di Dewan Serba Guna Politeknik Mukah.

Menurut salah seorang penerima, Sazia Abang Selir dia sangat gembira dan seronok apabila menerima baucar tersebut.

“Dengan adanya wang bantuan tersebut ia akan dapat membantu kami membeli buku.

“Selain itu, dengan adanya buku-buku itu nanti kami (pelajar) akan dapat belajar dalam keadaan selesa dan tiada masalah kekurangan buku,” katanya yang merupakan anak tunggal.

Sementara itu, Suvea Laja berkata bantuan seumpama itu sangat bagus terutama kepada pelajar bagi meringankan beban mereka.

“Bantuan seperti ini akan dapat membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu.

“Selain itu, usaha kerajaan yang menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat memang sangat baik.

“Saya sangat gembira dan seronok dengan bantuan seumpama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Merlene Sylvester Sakim berkata usaha kerajaan yang ingin melihat rakyat hidup dalam suasana aman dan sejahtera terbukti apabila telah memberi pelbagai jenis bantuan kepada rakyat.