Bayi 9 bulan masuk ICU dihempap pintu

0

KUCHING: Seorang bayi lelaki yang baharu berusia sembilan bulan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) kelmarin selepas dipercayai dihempap pintu.

Difahamkan, insiden berlaku di rumah keluarga mangsa yang terletak di Semariang di sini sekitar jam 6.

45 petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang masih belajar merangkak itu dikatakan telah menghampiri pintu tersebut yang belum dipasang menyebabkan ia tumbang lalu menghempapnya.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala serta beberapa anggota badan lain.

Ahli keluarga mangsa mengejarkannya ke sebuah hospital swasta berdekatan, tetapi dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.