Tuesday, November 12

Bumi Betajin juara Street Soccer Daro

0

DARO: Kehebatan pemain pasukan Bumi Betajin sukar disangkal apabila mereka menjuarai pertandingan Street Soccer Program Lan Riadah Daro 2013 di sini, pagi kel­marin.

Dalam perlawanan akhir itu, Bumi Betajin menewaskan pasukan Saai Darul Falah A dan melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM600 serta hamper.

Manakala pasukan Saai Darul Falah A terpaksa akur selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM480 serta hamper, tempat keti­ga disandang oleh pasukan Syafaat Garuda FT meraih RM360 serta hamper dan NDRO FT menduduki tem­pat keempat.

Sejumlah 40 pasukan meny­ertai pertandingan Street Soccer Lan Riadah 2013 meli­batkan hampir 200 orang go­longan belia sekitar kawasan Daro.

Terdahulu, Pegawai Daerah Daro Safiee Ahmad melaku­kan sepak mula sebagai sim­bolik perasmian program tersebut.

Hadiah disampaikan oleh wakil Ahli Parlimen Igan, Jonhny Zawawai serta Pega­wai Jabatan Agam Islam Sarawak (JAIS) Khalidi Ibra­him pada majlis penutupan di Masjid Tunku Rahman Daro, kelmarin.