Thursday, September 19

SK Kidurong mengungguli bola sepak Piala Tunas Harapan BDA Edisi Ketujuh

0
JUARA: SK Kidurong muncul juara Piala Tunas Harapan BDA Edisi Ke-7 2013 bersama pihak penganjur dan guru-guru mereka di Bintulu.

JUARA: SK Kidurong muncul juara Piala Tunas Harapan BDA Edisi Ke-7 2013 bersama pihak penganjur dan guru-guru mereka di Bintulu.

BINTULU: Penyerang licik, Mohd Irfan Bujang dan Manuel Sallex memastikan skuad mereka, Sekolah Ke­bangsaan (SK) Kidurong muncul juara setelah kedua pemain itu menyumbang jaringan besar sekali gus membenam SK St Anthony 4-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Tunas Harapan BDA Edisi Ketujuh di Padang Flat BDA, di sini pagi semalam.

Mohd Irfan menyer­lah dengan kepantasannya merobek gawang lawan den­gan menyempurnakan tiga jaringan pada minit kesem­bilan, 16 dan 24 pada babak awal perlawanan, diikuti jar­ingan Manuel pada minit-37 sekali gus mengesahkan tiket untuk SK Kidurong men­guunguli kategori sekolah rendah (12 tahun ke bawah) tahun ini.

Sehubungan itu, Mohd Ir­fan turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan, manakala penjaring terban­yak pula disandang oleh Herman Bujang (SK Tanjung Batu).

Juara menerima piala pu­singan, piala iringan, pingat dan wang tunai RM500. Manakala SK St Anthony yang menyandang naib juara menerima hadiah piala irin­gan, pingat dan wang tunai RM400.

Tempat ketiga bersama yang disandang oleh SK Jepak dan SK Tanjung Batu masing-masingnya menerima hadiah piala iringan dan wang tu­nai RM150. Diikuti Pasukan Fairplay pula dirangkul oleh SK Sebauh.

Sebanyak 13 pasukan meny­ertai kejohanan itu termasuk dua pasukan baharu iaitu SK Orang Kaya Mohamad dan SK Kuala Nyalau.

Hanya 12 pasukan yang mengesahkan diri iaitu SK Ki­durong, SK Kuala Nyalau,SK Jepak, SK Asyakirin, SK Orang Kaya Mohamad,SK Sebauh, Akademi BDA, SK Tanjung Batu, SK Kem Batu 18, SK St Anthony, SK Kidu­rong 2 dan SK Bintulu.

Manakala SK Sungai Selad menarik diri.

Upacara sepak mula perla­wanan akhir dan majlis pen­yampaian hadiah disempur­nakan oleh Pengurus Seksyen Hal Ehwal Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Mohammed Ansari Mohamad Syed Ahmad.

Hadir sama pengerusi kejo­hanan, Donita Abdullah dan timbalannya, Rosini Yalin. Manakala Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintulu di­wakili oleh Awangku Alaud­din Awang Adenani.

Kejohanan kali ketujuh itu adalah anjuran BDA dengan kerjasama PPD Bintulu dan Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA).

“Pada keseluruhannya ke­johanan yang dianjurkan kali ini amat memuaskan dengan kerjasama dua pihak terba­bit.

“Saya berharap kejohanan itu akan diteruskan pada tahun akan datang untuk membantu pihak sekolah melahirkan ramai pemain berbakat yang mampu mewakili sekolah pada kejohanan peringkat sekolah bawah 12 dan 17 ta­hun,” katanya.

Pada edisi pertama (2007) hingga edisi keenam (2012), SK Jepak pernah muncul juara empat kali pada 2007, 2009, 2010, 2011, manakala SK Tatau juara 2008 dan SK Asyakirin pula juara 2012.

Sebelum itu, dalam perla­wanan separuh akhir SK St Anthony menewaskan SK Jepak dengan 3-0 diikuti SK Kidurong membelasah SK Tanjung Batu 6-0.