Sri Urai Puteri Berkaya ‘Raja Sungai’

0
RAI KEMENANGAN: Pekayuh pasukan Sri Urai Puteri Berkaya meraikan kemenangan mereka selepas mengungguli kategori Bidar 30 sekali gus merangkul gelaran ‘Raja Sungai’ pada Regata Bandarayaku di Esplanade Kuching, semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

RAI KEMENANGAN: Pekayuh pasukan Sri Urai Puteri Berkaya meraikan kemenangan mereka selepas mengungguli kategori Bidar 30 sekali gus merangkul gelaran ‘Raja Sungai’ pada Regata Bandarayaku di Esplanade Kuching, semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sri Urai Puteri Berkaya dinobatkan gelaran Raja Sungai pada Regata Bandarayaku 2013 setelah menjuarai kategori Bidar 30 pekayuh.

Kemenangan itu menyak­sikan pasukan yang dibarisi pekayuh dari Kampung Sun­gai Bedil dan Kampung Te­belu membawa pulang piala dan wang tunai RM2,500.

Tempat kedua perlum­baan sejauh empat kilometer yang bermula dari Jambatan Gantung ke Esplanade Kuch­ing itu dimenangi Raja Laut P194/MPP manakala tempat ketiga Bandarayaku.

Kedua-dua pasukan mas­ing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Menurut pengurus pasu­kan Sri Urai Puteri Berkaya, Ahmadi Mustapha kejayaan merangkul gelaran ‘Raja Sungai’ sememangnya sudah dijangka ker­ana barisan pekayuh berlatih se­jak dua bulan lalu sebelum perlum­baan.

“Ka-mi me­mang menjang­ka mampu memenan­gi gelaran terbesar (Raja Sun­gai) tahun ini namun kami tidak memand­ang rendah kemampuan pasukan-pasukan lain yang agak mantap kali ini,” katanya.

Beliau berkata, para pekayuh pasukannya sudah mula berlatih selepas Regata Sarawak 2012 (Ogos tahun lalu) dan latihan mereka akan diteruskan untuk mengha­dapi perlumbaan lain pada masa akan datang.

“Kami akan terus berlumba pada masa akan datang dan berusaha untuk memenangi gelaran ‘Raja Sungai’ Re­gata Sarawak tahun ini,” katanya.

Pasukan Sri Urai Puteri Berkaya turut muncul juara bagi kategori Bidar 25 pekayuh manakala tempat kedua, Bandarayaku dan ketiga Perumahan 2.

Kategori Bidar 20 pekayuh memperlihat penguasaan berterusan pasukan kendal­ian Ahmadi, Sri Urai Puteri Berkaya (Masakom) muncul juara setelah mengalahkan Raja Laut dan Tsunami masing-masing di tempat ked­ua

Berkaya terus mendomi­nasi Regata Bandarayaku 2013 setelah mengungguli Bidar 20 pekayuh (pecut 500 meter) mengalahkan AGDH Regatta Club di tem­pat kedua dan Raja Laut MPP tempat ketiga.

Perlumbaan lain men­yaksikan Kampung Paroh memenangi kategori Bidar 15 pekayuh antara kampung dan perumahan dengan men­galahkan Kampung Reba di tempat kedua dan Kampung Pulo tempat ketiga.

Pasukan Deli Racing pula menjuarai perlumbaan pam ski 6.5 HP mengalahkan Bu­jang Sadong dan Repsol Rac­ing 2, masing-masingnya di tempat kedua dan ketiga.

Bidar 15 pekayuh (pecut 500 meter) menyaksikan Raja Laut P.194 muncul juara manakala Cahaya Zen 8 tem­pat kedua dan Atang Bungkas di tempat ketiga.

Sementara MPP/P.194 mengungguli kategori Bidar 15 pekayuh antara agensi/jabatan apabila mengalahkan Azman Holdings Sdn Bhd di tempat kedua dan Cahaya Zen Sibor (tempat ketiga).

Raja Laut MPP yang merupakan pencabar kuat Regata Bandarayaku 2013 memenangi kategori Bidar 10 pekayuh manakala tempat kedua diraih Raja Laut P194 dan Perumahan 2 di tempat ketiga.

Bidar 15 pekayuh menyak­sikan Raja Laut P194 muncul juara, Kelab Wawasan Sejijak di tempat kedua dan Raja Laut MPP (ketiga).

Sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian dalam sembilan kategori perahu bidar yang dipertandingkan manakala 10 pasukan meny­ertai pam ski 6.5 HP.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Esplanade Kuching, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Ahli Dewan Undan­gan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Datuk Bandar De­wan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.