Sarawak B terus dirundung malang

0
TEWAS LAGI: Skuad muda Sarawak terus dibelenggu kegagalan pada pertemuan dengan Pulau Pinang aksi Piala Presiden di Stadium Negeri, Kuching petang semalam. — Gambar Chimon Upon

TEWAS LAGI: Skuad muda Sarawak terus dibelenggu kegagalan pada pertemuan dengan Pulau Pinang aksi Piala Presiden di
Stadium Negeri, Kuching petang semalam. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Hasrat skuad muda Sarawak menghapuskan badi kekalahan tidak kesampaian apabila mereka terus dirundung malang setelah tewas di pangkuan Pulau Pinang 2- 1 dalam aksi Piala Presiden di Stadium Negeri di sini petang semalam.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pasukan melakukan jaringan sendiri apabila Sarawak memperoleh gol pertama hasil jaringan sendiri pemain Pulau Pinang, Sanjef Dinesh pada minit ke-36.

Bagaimanapun, Pulau Pinang juga memperolehi jaringan penyamaan menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Sarawak dengan kedudukan terikat 1-1.

Namun, Pulau Pinang balik dengan membawa pulang tiga mata apabila Sanjef menebus kekecewaannya dengan menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua.

Pengurus pasukan Piala Presiden Sarawak, Haidel Heli ternyata kecewa dengan kekalahan berterusan anak-anak buahnya yang setakat ini hanya mengutip satu mata hasil memperolehi satu keputusan seri.

“Sememangnya saya amat kecewa dengan kekalahan berterusan yang dialami pasukan muda kita meskipun mereka mampu memberi tentangan kepada pihak lawan,” kata Haidel dengan nada kecewa.

Perlawanan semalam turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman serta para pegawainya.