Awang Tengah hadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

0
PERJUMPAAN: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri) mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada mesyuarat berkenaan. Turut hadir Penyimpan Mohor Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

MESYUARAT: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Ha-san mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya semalam.

Mesyuarat itu dipengerusi-kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.