Bukan pergi ‘makan angin’

0
PERANGSANG: Lee (kanan) memberi taklimat kepada pasukan sukan yang menyertai SUKMA XVI di Kuching malam kelmarin.

PERANGSANG: Lee (kanan) memberi taklimat kepada pasukan sukan yang menyertai SUKMA XVI
di Kuching malam kelmarin.

KUCHING: Kontinjen Sarawak tetap menghayunkan cabaran sengit meskipun tiada sasaran tinggi ditetapkan kepada mereka pada Sukan Malaysia (SUKMA XVI) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun nanti.

Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin berkata, ini kerana ekoran kemasukan beberapa sukan baharu dan atlet negeri masih belum bersedia sepenuhnya.

Bagaimanapun, menurutnya, persatuan sukan dan atlet-atlet perlu fokus teru- tamanya dalam sukan pilihan serta berusaha me n – dapatkan pingat.

“Ada acara baharu pada SUKMA kali ini dan kita belum bersedia.  Kita memang tidak dapat berada sukar bagi kita,” katanya berucap merasmikan Taklimat Persediaan SUKMA XVI di sini malam kelmarin.

Meskipun tiada sasaran tinggi ditetapkan, beliau berkata, setiap atlet tidak boleh menganggap SUKMA XVI sebagai peluang untuk ‘makan angin’.

“Kita tetap perlu berusaha. Jangan sertai SUKMA 2013 hanya untuk makan angin. Ini kerana penyertaan kita dalam SUKMA memerlukan perbelanjaan besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lee turut berharap persatuan sukan dan jurulatih di negeri ini dapat mengadakan perbincangan dengan penyelaras sukan sekiranya berdepan sebarang masalah.

“Kita tidak mahu masalah yang berlaku dalam persatuan akan memberi kesan buruk kepada atlet,” jelasnya.

Sarawak akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 20 acara sukan yang dipertanding pada SUKMA XVI Kuala Lumpur yang berlangsung dari 28 Jun hingga 7 Julai.

Sukan yang disertai kontinjen SUKMA Sarawak termasuk bola tampar dewan (wanita), judo, pingpong dan gimnastik artistik (kategori A).

Bagi kategrori B, sukan yang disertai merangkumi futsal (lelaki), bola tampar dewan (lelaki), lawan pedang, muaythai dan bina badan.

Manakala kategori C membabitkan bola baling (lelaki), bola keranjang (lelaki/wanita), kriket, sofbal (lelaki/wanita) dan ragbi.

Pada SUKMA 2011, Sarawak hanya menduduki tangga ke-12 dengan memperolehi dua pingat emas, empat perak dan lapan gangsa menerusi sukan pingpong, judo, kayak dan futsal.