Thursday, September 19

Cadangan kaji jalan beralun disokong

0
PERLU DINAIK TARAF: Keadaan jalan hulu Suai yang perlu dinaik taraf dengan segera.

PERLU DINAIK TARAF: Keadaan jalan hulu Suai yang perlu dinaik taraf dengan segera.

MIRI: Penduduk di kawasan Suai, Niah menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang agar satu kajian dilakukan oleh pihak berkuasa ber­hubung masalah jalan raya beralun yang merupakan salah satu punca sering berlaku kemalangan di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu.

Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Suai, Niah, Tuai Rumah Boniface Bada Enjah yang mewakili pen­duduk di kawasan Suai mem­beritahu mereka amat men­galu-alukan cadangan itu dan berharap kajian dapat dilakukan dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Katanya memang diakui keadaan permukaan jalan raya beralun di beberapa lokasi di jalan pesisir pantai antara Miri dan Bekenu menimbulkan masalah kepada para peng­guna jalan raya terutama pen­duduk kampung di kawasan Bekenu hingga Suai yang sering berulang-alik melalui jalan berkenaan setiap hari.

“Justeru, kami berharap kajian dan tindakan sewa­jarnya dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dengan segera bagi mengatasi masalah terse­but yang boleh menyumbang kepada lebih banyak kes ke­malangan jalan raya berlaku di jalan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu demi­kian kepada Utusan Borneo sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang disiarkan dalam laporan akh­bar minggu lalu.

Dalam laporan itu, Ahmad Lai memberitahu bahawa masalah jalan beralun di jalan pesisir pantai antara Miri-Bekenu telah dimajukan kepada pihak Jabatan Kes­elamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Kerja Raya untuk dikaji dan dianalisis.

Pada masa sama, Boni­face berharap kerajaan tidak melupakan beberapa jalan di kawasan luar bandar sep­erti jalan-jalan kampung termasuk jalan kampung hulu Suai, Niah.

Katanya jalan kampung hulu Suai, Niah yang sepan­jang 25km dari Kampung Iran hingga ke Rumah Goyang telah dibina pada 1999.

Menurut beliau, jalan tanah merah ini yang hanya ditabur batu kasar merupakan laluan utama untuk para penduduk dari 11 rumah panjang dan dua kampung yang terdapat di kawasan terbabit.

“Kami amat berharap kera­jaan dapat menaik taraf jalan Hulu Suai ini dengan segera memandangkan keadaan ja­lan berkenaan yang semakin teruk dan berlubang.

“Apabila hujan turun, ia menjadi semakin berlumpur dan bila panas, sangat berdebu hingga menjejaskan pandan­gan,” katanya.

Selain itu, ia juga merupakan laluan utama untuk para pen­duduk membawa keluar hasil tuaian buah tandan segar kelapa sawit dengan purata bulanan seberat 1,000 tan metrik.

Rumah panjang terba­bit terdiri daripada Rumah Gerang, Rumah Libau, Ru­mah Senit, Rumah Nga­dang, Rumah Siang, Rumah Ansang, Rumah Tarang, Rumah Gansor, Rumah Junit, Rumah Hassan dan Rumah Freddy serta dua kampung iaitu Kampung Baru Suai serta Kampung Tegageng,

Manakala tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Ke­bangsaan (SK) Sungai Seba­tok, SK Kampung Tegageng dan SK Rumah Goyang serta Klinik Kesihatan Kampung Tegageng.