Haval H5 tunggu pemenang Golf

0
HADIAH HOLE-IN-ONE: Pengarah Yu Lee Hong, Hong Siew Hua (dua kiri) menyerahkan replika kunci kepada Bong (tiga kanan) untuk kejohanan golf di Kuching, semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

HADIAH HOLE-IN-ONE: Pengarah Yu Lee Hong, Hong Siew Hua (dua kiri) menyerahkan replika kunci kepada Bong (tiga kanan)
untuk kejohanan golf di Kuching, semalam. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Pemain golf yang menyertai Kejohanan Golf Amal anjuran Lions Club of Kuching Allamanda berpeluang memenangi Great Wall Motor Haval H5 2.0 VGT be rni l a i RM123,888.

Pemenang anugerah pemasangan terbaik tempatan untuk SUV pada 2012 pada Anugerah Industri Auto Allianz Asian, Haval 2.0 VGT dan ditaja Yu Lee Hong Group of Companies merupakan hadiah untuk pukulan hole-in-one kejohanan itu.

Bercakap kepada pemberita pada majlis penajaan semalam, pengerusi penganjur, Robert Bong berkata, kejohanan berlangsung pada 13 April di Kelab Golf Sarawak (KGS) manakala perlawanan sebelah pagi berlangsung di lapangan Matang/Santubong.

“Kejohanan ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu khidmat komuniti kelab membabitkan golongan kurang berkemampuan.

“Kita berharap dapat mengumpul dana untuk tiga organisasi kebajikan merangkumi Lions Nursing Home, Kesatuan Kanak- Kanak Kanser Sarawak dan membantu pembinaan Bangunan Sarawak Hun Nam Siang Tng,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan 120 pemain akan menyertai kejohanan itu kerana jawatankuasa penganjur menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Katanya, yuran penyertaan RM250 dikenakan untuk setiap pemain manakala tambahan RM5 bagi yang bukan ahli dan tarikh tutup penyertaan pada 25 Mac.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Presiden Kelab, Lee Poh Whatt di talian 019-8868881, setiausaha Connie Tan (016-5758978) dan bendahari Jacqueline Teo (019-8170911).