Lelaki dirompak selepas keretanya dihalang Hilux

0

KUCHING: Seorang lelaki membuat laporan polis se­lepas dirompak di BDC di sini, awal pagi semalam.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku selepas mangsa yang sedang memandu keretanya untuk pulang ke rumah di­halang sebuah pikap jenis Toyota Hilux sekitar jam 1 pagi.

Mangsa yang tidak meng­etahui punca pikap terse­but menghalang keretanya bagaimanapun terus mem­berhentikan keretanya dan melihat dua lelaki tidak dike­nali berada di dalam pikap tersebut.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudian dilihat me­luru keluar dari dalam pikap tersebut sambil mengacukan pistol ke arah mangsa.

Mangsa yang terkejut me­lihat tindakan lelaki tersebut tidak sempat membuat apa-apa lagi kerana risau akan keselamatannya.

Lelaki tersebut kemudian mengarahkan mangsa meny­erahkan semua barang ber­harga kepadanya termasuk se­buah beg yang mengandungi sebuah komputer riba.

Selepas memperolehi barang-barang tersebut, sus­pek kemudian terus beredar meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Mangsa kemudian dika­takan terus ke balai polis terdekat untuk melaporkan mengenai perkara tersebut.