Wednesday, September 18

Lima lelaki ditahan dalam kes curi motosikal di Simunjan

0

SIMUNJAN: Lima lelaki ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes curi motosikal di sekitar daerah ini, awal pagi semalam.

Kelima-lima lelaki tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan hasil maklu­mat awam serta risikan polis berhubung kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku sejak Januari lepas.

Jurucakap polis memberi­tahu, operasi yang diketuai oleh Inspektor Ahmad Rasol itu turut berjaya menemui se­mula tiga buah motosikal serta sebuah enjin motosikal.

“Hasil maklumat yang diperolehi, pihak polis ber­jaya menahan dua lelaki yang kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi suspek di sebuah rumah diper­cayai tempat persembunyian mereka.

“Selain itu, pihak polis turut berjaya menemui se­mula tiga buah motosikal dan sebuah enjin dari rumah tersebut,”katanya.

Kesemua suspek yang dita­han kemudian dibawa ke IPD untuk diambil keterangan dan motosikal yang ditemui turut dirampas.

“Sejak Januari lepas se­banyak empat buah mo­tosikal dilaporkan hilang di daerah ini dan dengan tertangkapnya kesemua suspek yang membawa kepada penemuan semula motosikal tersebut, kita percaya kes ini telah sele­sai,” katanya lagi.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Choo Yin Kok semasa dihubungi menge­sahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.