Wednesday, October 5

Dua tandas awam dinaikkan taraf dengan kos RM290,000

0

SIBU: Dua buah tandas awam di sini akan dinaik taraf dengan kos RM290,000 oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam usaha mewujudkan kemudahan awam yang lebih bersih dan selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Penjaja Kecil MPS, Kaunselor Chieng Buong Toon berkata kerja-kerja menaik taraf kedua-dua tandas awam itu akan mengambil masa dua bulan.

Katanya, tandas bersebelahan Jalan Khoo Peng Loong akan dibina semula sepenuhnya sementara sebuah lagi tandas di Pasar Sentral, bersebelahan dengan lif akan diberikan wajah baharu.

“Mulai esok, tandas bersebelahan Jalan Khoo Peng Loong ini akan ditutup sementara tandas yang satu lagi akan ditutup kemudian.

“Kita tidak boleh menutup kedua-dua tandas ini serentak bagi kegunaan penjaja dan orang awam. Selepas kerja-kerja siap di tandas Jalan Khoo Peng Loong, baharulah tandas satu lagi akan ditutup,” katanya di sini semalam.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan kontrak menaik taraf kedua-dua tandas itu kepada pihak kontraktor iaitu Sri Salam Enterprise.

“Selepas siap, keadaan di tandas ini akan lebih selesa dan baik,” jelas Chieng.

Selain dua tandas ini, kerja-kerja menaik taraf di Pasar Sentral ini turut melibatkan pasar basah melibatkan 119 penjaja yang kini ditempatkan di kawasan lapang bersebelahan pasar tamu.

Selain itu, 24 penjaja lain ditempatkan di lorong belakang Jalan Khoo Peng Loong.

Menurut Chieng, kerja-kerja menaik taraf kedua-dua tandas itu tepat pada masanya, lebih-lebih lagi tandas bersebelahan Jalan Khoo Peng Loong itu telah berusia lebih 10 tahun.

Kerja-kerja menaik taraf Pasar Sentral ini menjadi kenyataan hasil peruntukan sejumlah RM1 juta yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.yang tidak mampu bergerak atau mengalami masalah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri agar memberitahu pihak mereka di JPN Betong secara terus atau boleh menghubungi di talian 083-472814 bagi mendapatkan keterangan lanjut.