Wednesday, May 12

SSBSPN terbukti unggul

0
UNGGUL: Jimmy (tengah belakang) bersama pasukan SSBSPN juara kejohanan badminton Piala DUN Nangka di Sibu, kelmarin.

UNGGUL: Jimmy (tengah belakang) bersama pasukan SSBSPN juara kejohanan badminton Piala DUN Nangka di Sibu, kelmarin.

SIBU: Ketangkasan pemain beregu SSBSPN, Yusri Azmi dan Aiyum dalam menang­kis pukulan lawan menjadi wira penyelamat apabila mengesahkan kejuaraan Ke­johanan Badminton Piala DUN Nangka Sibu, petang kelmarin.

Pasangan beregu lelaki SS­BSPN menewaskan beregu pasukan Sibu Jaya dengan ke­menangan mudah 21-9,21-10 dalam masa kurang daripada 25 minit sekali gus membawa mata kedua kepada pasukan mereka setelah beregu veter­an turut memenangi saingan tersebut.

Mata kemenangan 2-1 oleh pasukan SSBSPN diperolehi melalui kemenangan beregu veteran mereka menewaskan beregu Sibu Jaya 21-16,21-11 serta kemenangan regu lelaki harapan utama setelah regu campuran terkandas 14-21,20-22 di tangan regu campuran Sibu Jaya.

Pasukan Sekretariat So­sial, Budaya serta Perpaduan Nangka (SSBSPN) diwakili oleh Ting Wei Ping, Mathew, Margaret, Yusri Azmi, Aiyum serta Roslan Hasim selaku pengurus pasukan membawa pulang wang tunai RM500, piala dan medal.

Manakala pasukan Sibu Jaya yang diketuai Heidir Salleh, Mohd Saiful, Mohd Sofian, Roslina, Mahrib dan Shah Budin terpaksa akur dengan kehebatan SSBSPN menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM300 serta piala dan medal.

Sementara itu, pasukan PGA 10 dan PDRM A meme­nangi tempat ketiga bersama apabila kedua-dua kumpulan tersebut terkandas di pering­kat separuh akhir di tangan lawan masing-masing dan pulang dengan RM 200, piala serta medal.

Dalam saingan separuh akhir, SSBSPN menewaskan PGA 10 dengan 3-0, mana­kala pasukan Sibu Jaya men­umpaskan pendahulu liga Kumpulan A iaitu PDRM A dengan 2-1 melalui ke­menangan pasangan beregu campuran dan regu lelaki mereka.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan sejumlah 10 kumpulan yang dibahagikan kepada dua kelompok utama dan dilaksanakan secara liga pada peringkat kumpulan seterusnya pasukan yang men­jadi juara dan naib juara secara automatik layak ke peringkat seterusnya perlawanan akhir secara kalah mati.

Antara pasukan yang terli­bat ialah Putar Belit, G.O.F 10, PDRM A dan B, SRC, Karizma, West Motor, PGA 10, SSBSPN yang berlangsung selama dua hari di TN Sport (Sibu Exhibition Center), Jalan Power, Sibu sejak 2 Mac lalu.

Penglibatan pengadil perla­wanan dari Persatuan Badmin­ton Bahagian Sibu turut melan­carkan kejohanan diketuai oleh Tiong Mee Ching, Ngu Tiew Soon, Mahrib Mohd, Ahmad Tarmizi, Abdul Mutalif dan Roslan Hashim.

Majlis persamian disempur­nakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr. Annuar Rapa`ee dan majlis penutupan serta penyampa­ian hadiah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Sosial, Sukan, Budaya Dan Perpad­uan Nangka yang juga mer­angkap Pengerusi Penganjur, Jimmy De Rozario @ Abdul Rahman.

Lebih 100 orang peminat sukan badminton di Sibu hadir menyaksikan perlawanan sen­git pasukan yang bertanding pada kejohanan buat julung kalinya dianjurkan oleh Sek­retariat Sukan, Sosial, Budaya dan Perpaduan Nangka.