Badminton MSBC: Sebanyak 32 beregu berentap

0

SRI AMAN: Morza Solution Badminton Club (MSBC) menganjur Pertandingan Badminton Tertutup Sri Aman dan Jemputan Piala MSBC 2013 di Stadium Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman di sini kelmarin.

Pertandingan tersebut menyaksikan sebanyak 32 beregu lelaki berentap dalam pertandingan yang berlangsung semalam dua hari.

Pengerusi Tetap MSBC, Mohammed Yaakub Morshidi berkata beliau amat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh pemainpemain kerana penyertaan adalah jumlah maksima yang telah ditetapkan.

Antara kelab badminton jemputan yang turut menyertai pertandingan berkenaan termasuklah daripada Benak Sport Club, Maelthree (Sibu) dan Noor Arfa (Saratok).

Pertandingan tersebut diadakan di Kompleks Sukan Sri Aman (KPS) di mana sebanyak sembilan beregu mewakili MSBC, tiga beregu dari Sokanjaya JKR Sri Aman, dua beregu dari Maelthree (Sibu), dua beregu (Benak Sport Club), satu beregu dari Noor Arfa (Saratok) dan selebihnya adalah beregu dari sekitar Sri Aman dan Betong.

Hadiah pertama berjumlah RM350 dan piala dimenangi oleh pasangan Abang Sulaiman dan Mohd Fadzlizan.

Manakala tempat kedua hadiah berupa wang tunai RM180 dan piala dimenangi oleh pasangan Tan Huang Hui dan Ken dan hadiah tempat ketiga hadiah wang tunai RM100 dan piala dimenangi oleh pasangan Abang Ibrahim dan Mohd Yaakub serta hadiah tempat keempat hadiah wang tunai RM50 dimenangi pasangan Hasanal dan Mohd Azlan.

Dalam pada itu, Pihak MSBC dalam perancangan akan mengadakan satu pertandingan badminton berbentuk Super Series di Sri Aman.

Ini kerana sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh peminat dan pemain badminton seluruh Sarawak dengan penganjuran MSBC.

MS BC akan cuba menyokong mana-mana kelab badminton persendirian di seluruh Sarawak dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

“MSBC sebelum ini telah menghantar dua pasukan pada Pertandingan Badminton Berpasukan Tertutup Sarawak di Mukah, tetapi hanya satu pasukan berjaya mara ke suku akhir,” kata Jesry Mida selaku Timbalan Pengerusi MSBC.