Thursday, June 20

Mendiang DSP Michael Padel selamat dikebumi di Makam Pahlawan *new!

6
UNTUK PERWIRA: Jabu meletakkan kalungan bunga di pusara mendiang Michael.

UNTUK PERWIRA: Jabu meletakkan kalungan bunga di pusara mendiang Michael.

KUCHING: Mendiang DSP Michael Padel, 36, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan pada kira-kira jam 11 pagi tadi dengan penuh adat istiadat pengebumian negeri.

Suasana sayu menyelubungi hadirin sejurus keranda mendiang diusung masuk ke makam oleh anggota polis diketuai DSP Munsang Sabai serta diiringi balu mendiang Jabah Mingku, anak lelaki tunggal mereka Macluie serta ahli keluarga terdekat.

Majlis pengebumian diteruskan setelah Jalur Gemilang diserahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Jabah.Mendiang antara anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna, Sabah pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang mewakili Ketua Menteri dan Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot turut hadir pada upacara tersebut.

PENGHORMATAN: Khalid menyerahkan Jalur Gemilang kepada Jabah pada upacara pengebumian mendiang suaminya.

PENGHORMATAN: Khalid menyerahkan Jalur Gemilang kepada Jabah pada upacara pengebumian mendiang suaminya.

TABIK WIRA: Khalid memberi tabik hormat pada upacara pengebumian mendiang Michael.

TABIK WIRA: Khalid memberi tabik hormat pada upacara pengebumian mendiang Michael.