Wednesday, January 29

Calon kerusi Batang Lupar mesti calon boleh menang

0

SEBUYAU: Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata calon untuk kerusi Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mesti calon yang boleh menang.

Selain itu katanya, calon itu mesti boleh bekerja dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri di konstituensinya.

Batang Lupar mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sebuyau (Julaihi Narawi), Beting Maro (Razaili Gapor) dan Lingga (Simoi Peri).

“Untuk pilihan raya kali ini, kita (Barisan Nasional) mahu menang dan untuk menang kita mesti ada calon yang boleh menang dan bukannya memilih calon yang hanya akan tewas.

“Sama penting ialah calon mesti boleh bekerjasama dengan ADUN di kawasannya dan mempunyai hala tuju serta visi yang sama untuk membantu rakyat seterus-nya mengubah kawasan diwakili,” katanya ketika merasmikan taklimat persiapan PRU13 untuk Parlimen Batang Lupar di Kampung Sungai Ladong, Sebangan, di sini kelmarin.

Taklimat itu dihadiri pe-mimpin-pemimpin daripada kesemua 34 cawangan kecil PBB di Sebuyau.

Hadir sama Julaihi yang juga Menteri Muda Pembangunan Industri (Promosi dan Pelaburan) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar.

Asfia yang juga Speaker DUN berkata masalah dalaman antara calon dan ADUN dan pertikaian dalaman membabitkan ahli-ahli parti hanya akan melemahkan parti se-terusnya menjejaskan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak percaya dengan kaji selidik kekalahan calon yang kalah kerana keputusan tidak tepat 100 peratus.

“Justeru adalah penting untuk meletakkan calon yang boleh menang dengan majoriti lebih besar,” tegasnya.

Beliau turut menasihati penyokong BN agar bersedia mengetepikan isu-isu yang bakal dibangkitkan pembangkang semasa PRU13 nanti dan antara isu yang akan dicanangkan pembangkang ialah BN merampas tanah rakyat dan ia harus diperjelaskan bahawa BN memerlukan tanah rakyat untuk pembangunan.

Asfia juga menasihati pe-nyokong BN agar tidak membenarkan ‘orang luar’ melemahkan mereka dari segi politik.

Sementara itu, Julaihi berharap calon BN untuk Batang Lupar dalam PRU13 nanti boleh bekerjasama dengan semua ahli daripada cawangan kecil PBB di Sebuyau.

Beliau berkata ia penting bagi memastikan jentera pili-han raya beroperasi dengan lancar serta mengelak sebarang komen negatif timbul pada kemudian hari.

Julaihi memberitahu, kese-mua 34 cawangan kecil PBB di Sebuyau sanggup memberi bantuan serta sokongan bagi memastikan Batang Lupar kekal milik PBB.

“Jujur saya katakan, kese-mua 34 cawangan kecil PBB di Sebuyau sanggup bekerja- sama untuk memastikan calon BN (PBB) menang tetapi kami tidak boleh bekerjasama jika kami tidak dimaklum-kan tempat sesuatu program diadakan.

“Jadi, adalah sangat pen-ting ia perlu dikoordinasi dan kerjasama untuk lebih kuat,” katanya.

Hadir sama penasihat undang-undang PBB, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, ahli majlis tertinggi Datuk Idris Buang dan Setia-usaha Eksekutif PBB, Awang Bujang Awang Atek.