PWPM meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa

0

MIRI: Persatuan Wanita Petroleum Miri (PWPM) semalam meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Sambutan berkenaan sebagai penghargaan sumba-ngan wanita dalam pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara dan masyara-kat sedunia.

Presiden PWPM Charito Paulino memberitahu, ia merupakan sambutan tahun kedua PWPM yang turut diadakan dengan pertukaran resipi antarabangsa di kalangan mereka.

“Sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini turut di-adakan sebagai pengharga-an kepada kami dalam memberi sumbangan pembangunan terhadap ahli dan masyarakat setempat.

“Selain pelbagai aktiviti dianjurkan untuk ahli dan projek mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan, PWPM turut menyediakan soko-ngan emosi dan semangat kekitaan khasnya di kala-ngan ahli baharu yang berada di Miri atau seluruh negara,” katanya.

Bagi program Pertukaran resipi sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa terbabit, Charito berkata makanan yang dipilih memberikan makna penyatuan serta mempunyai sejarah tersendiri dalam PWPM, masyarakat dan negara.

Persediaan makanan bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa disediakan bersama oleh ahli-ahli PWPM yang turut melam-bangkan kepentingan be-kerjasama.

Antara makanan yang dikongsi bersama kira-kira 40 orang ahli yang hadir ialah ayam adobo (makanan Filipina), lobak dilled (Scotland) dan sambal udang kering (Miri).

Antara aktiviti lain yang bakal dianjurkan oleh PWPM pada tahun ini ialah Rumah Terbuka Jepun yang akan diadakan pada Isnin (11 Mac) ini, menyertai Tarian Kema-nusiaan Antarabangsa dan majlis makan malam tahunan pada November akan datang.

PWPM kini mempunyai lebih 80 ahli yang merupakan satu penubuhan ideal dalam menggalakkan ke-amanan dan keharmonian global.