Maklumkan kepada polis jika terdapat pergerakan orang mencurigakan: Acryl

0

SIBU: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan orang awam agar bertindak lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada sekiranya terdapat pergerakan orang yang mencurigakan di kawasan mereka.

“Jika mereka mempunyai sebarang maklumat mengenai adanya pergerakan orang yang mencurigakan di mana-mana, mereka perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pagi semalam.

Katanya segala maklumat yang disampaikan oleh orang awam akan disalurkan terus kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan tindakan seterusnya.

Mengenai khabar angin mengatakan keturunan ‘Sultan Sulu’ memperluaskan tuntutannya ke Sarawak, Acryl berharap orang awam tidak mudah mempercayainya.

Bagaimanapun, Acryl me-ngarah semua Ketua Polis Daerah (KPD) terutama di bandar sempadan seperti Miri, Limbang dan Lawas lebih berwaspada dan meng-ambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Adalah lebih baik kita mengambil langkah berhati-hati memandangkan Sabah adalah jiran Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, polis juga sentiasa bersedia menghantar sokongan tenaga tambahan dalam membantu pasukan keselamatan negara menangani krisis pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut beliau, pihaknya telah mengerahkan seramai 500 anggota Pasukan Gerakan Am, 30 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), 40 anggota Polis Marin, satu pasukan Unit Udara termasuk sebuah helikopter selain 20 kendera-an (logistik).

Katanya situasi di Sabah terutamadi Lahad Datu kini berada dalam keadaan terkawal di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kawalan.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail dan Timbalannya Superintenden Zayadi Sebeli.