Thursday, May 23

Tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap penceroboh: Wan Junaidi

5

M’sia terikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva

KUCHING: Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati terhadap soal pencerobahan ke atas negara kerana Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva.

Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuan-ku Jaafar berkata kerajaan perlu melihat semua aspek dan mengetahui objektif sebenar pencerobohan dibuat terlebih dahulu.
Menurutnya Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

“Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan meng-ambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan,” tegasnya.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menambah, Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.

“Kenyataan demikian me-nunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau.

“Kalau tak tahu jangan cakap… sekiranya pembangkang mentadbir negara ini kita akan berperang dengan semua negara termasuk negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan yang lambat, tidak cekap dan bersikap lembut dalam menangani krisis pencerobohan kumpulan bersejata di Lahad Datu baru-baru ini.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media kelmarin (Rabu lepas) berkata kerajaan telah gagal menyekat kemaraan awal pihak penceroboh berkenaan sehingga menyebabkan kematian lapan anggota keselamatan negara.

Baru turut mempersoalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal melabelkan kumpulan berkenaan sebagai militan atau pengganas padahal mereka dengan jelas bersenjata dan menjalankan kegiatan secara teratur tanpa dapat dikesan pihak berkuasa negara.

“Pihak kerajaan hanya sedar mengenai kesungguhan pihak penceroboh setelah lapan anggota polis terkorban dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.