Ahli perniagaan ditembak dari jarak dekat

0
SIASAT: Anggota polis memeriksa kereta mangsa dalam kejadian tembakan di Miri, semalam.

SIASAT: Anggota polis memeriksa kereta mangsa dalam kejadian tembakan di Miri, semalam.

MIRI: Seorang ahli per­niagaan yang mengusahakan kelab malam dan refleksologi cedera apabila terkena dua das tembakan dari jarak dekat di bahagian pipi kanan dan mata dalam kejadian berhampiran lampu isyarat di Jalan Merbau di sini, semalam.

Mangsa, 42, yang berasal dari Perak dikejarkan ke Hospital Miri oleh orang ra­mai dan kakitangan Poliklinik Miri untuk mendapatkan rawatan.

Semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta Nissan Murano SUV berwarna hitam dikatakan berhenti di lampu isyarat, apabila dihampiri oleh seorang penunggang motosikal pada bahagian pemandu yang melepaskan tiga das tembakan sebelum melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Miri ACP Azam Abdul Hamid yang mengesa­hkan kejadian itu memberi­tahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Katanya, motif tembakan masih dalam siasatan dan se­takat berita ini ditulis belum ada tangkapan dibuat. Mangsa dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.