Kelab Memanah Kenyalang satukan pemanah di Petra Jaya

0

KUCHING: Kelab Memanah Kenyalang Petra Jaya yang bertujuan untuk menyatukan pemanah-pemanah di kawas­an Petra Jaya telah ditubuhkan baru-baru ini.

Presidennya, Halim Moha­mad berkata, rancangan untuk menubuhkan kelab telah lama dirancang, namun hanya ber­jaya direalisasikan baru-baru ini atas pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, kelab itu juga bertujuan mempromosi, menggalak dan memban­gunkan sukan memanah di peringkat kelab sekali gus memilih atlet bagi mewak­ili kelab pada mana-mana pertandingan sukan mema­nah.

Halim berkata, kelab itu juga turut bergabung dengan badan perwakilan di peringkat bahagian Kuching.

Selain itu, pihaknya memu­tuskan untuk menubuhkan kelab berkenaan memand­angkan ramai remaja yang berminat dan berbakat dalam sukan memanah.

“Mereka hanya mewakili Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) negeri tetapi bukan mewakili negeri contohnya pada pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA).

“Justeru, kita berharap ada di kalangan mereka yang ber­bakat ini akan mewakili negeri malah peringkat lebih tinggi selepas ini,” ujarnya sewaktu ditemui baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha kelab berkenaan Wan Ahmadi Wan Zaine.

Halim berkata, kelab itu kini mempunyai 50 ahli terdiri daripada ibu bapa kepada atlet dalam sukan berkenaan.

Sehubungan itu, Halim mempelawa pemanah-pe­manah yang ingin menyertai kelab berkenaan agar meng­hubungi beliau melalui talian 013-8068585 atau setiausaha kelab, 019-8870700.

Selain Halim, kelab itu dike­mudikan Timbalan Presiden ialah Suhardi Sahari, Benda­hari Mohammad bin Siphon dan ahli jawatankuasa terdiri daripada Desa Hipeni, Abang Iskandar Bolhassan Abang Mohamad Ariff, Jamain Abu Bakar dan Dr Abdul Taib Sulaiman.