Darul Takzim juara bola sepak sempena ambang Kaul Mukah

0

MUKAH: Pasukan Darul Takzim muncul juara pertandingan bola sepak sempena Pesta Belia P.213 Ambang Kaul Mukah 2013 yang berlangsung di padang Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) di Oya baru-baru ini.

Darul Takzim menewaskan Mode, 2-0 pada perlawanan akhir pertandingan tersebut yang disertai 16 pasukan terdiri daripada golongan belia di kawasan Parlimen Mukah.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pemuda Boom dan keempat pasukan Pemuda Boom JR yang mana keputusan ditentukan dengan sepakan penalti selepas kedua- dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa penuh.

Juara hingga pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800, RM600, RM400,RM200 berserta piala dan medal.

Dua belas lagi pasukan yang turut serta menerima sagu hati berupa wang tunai.