Wednesday, November 13

SMK Saratok juara MSS Betong 2013

0

BETONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok mempertahankan kejuaran buat kali ketujuh berturut-turut pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah- sekolah Sarawak (MSS) Bahagian Betong 2013 yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong di sini bermula 4 Mac lepas dan berakhir kelmarin.

Sebanyak 13 kontinjen sekolah menengah menyertai kejohanan tersebut dengan naib manakala untuk kategori sekolah rendah, kontinjen Zon Debak merangkul kejuaraan apabila menewaskan tujuh kontinjen dari zon lain dengan Zon Betong menjadi naib juara dan Zon Saratok di tempat ketiga.

Majlis penutupan kejohanan tersebut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas.

Pada majlis itu, Uggah mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada MSS Bahagian Betong bagi membawa kontinjen tersebut ke kejohanan MSS Negeri Sarawak yang akan berlangsung di Bintulu dari 24 hingga 27 April nanti.