Sunday, December 15

Lelaki meninggal ketika daki Gunung Santubong

0
MENINGGAL DUNIA: Beberapa anggota JPAM yang turut dibantu oleh rakan-rakan mangsa membawa keluar mayat dari gunung tersebut.

MENINGGAL DUNIA: Beberapa anggota JPAM yang turut dibantu oleh rakan-rakan mangsa membawa keluar mayat dari gunung tersebut.

KUCHING: Keghairahan dan hasrat seorang lelaki un­tuk sampai ke puncak Gunung Santubong tidak kesampaian apabila dia rebah dan disahkan meninggal dunia selepas dua jam ekspedisi pendakian gunung tersebut bermula semalam.

Difahamkan, mangsa, Shahrul Anuar Ismail, 42, berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang semasa insiden tersebut dikatakan bersama adiknya serta 11 lagi rakan mereka memulakan ekspedisi sekitar jam 8 pagi semalam.

Selepas dua jam penda­kian iaitu sekitar jam 10 pagi, kumpulan tersebut bagaim­anapun terpaksa mengh­entikan ekspedisi apabila mangsa tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri.

“Mangsa bersama kumpu­lannya mula mendaki pada jam 8 pagi dan apabila tiba di aras 8 (F8), tiba-tiba mangsa rebah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ketua Po­lis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa mengesahkan insiden terse­but semalam.

Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan berhubung kejadi­an.

Mayat mangsa kemudian berjaya dibawa turun dari gu­nung tersebut sekitar jam 2.30 petang dan terus dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan, seorang pekerja syarikat pemasangan alat pendingin hawa dimasu­kkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS selepas dia dika­takan terjatuh dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Desa Ilmu, Kota Samarahan, dekat sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 22 tahun dan berasal dari Jam­busan, Bau semasa kejadian dikatakan sedang memsang alat pendingin hawa di pang­sapuri tersebut sebelum ter­jatuh dipercayai tergilicir dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.

Mangsa kemudian dikejar­kan ke Hospital Kota Samara­han namun terpaksa dirujuk ke HUS berikutan kecederaan yang dialaminya.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa difahamkan masih berada dalam keadaan kritikal.