Tuesday, October 15

Jom sertai bola sepak wanita!!!

0

MIRI: Pasukan bola sepak wanita sekitar bandar raya Miri dipelawa untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Wanita 9 Sebelah yang bakal berlangsung di sini pada 30 Mac ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Bahagian Wanita) berlangsung di Stadium Miri dengan matlamat mencungkil bakat-bakat pemain wanita bahagian ini.

Jurucakap Miri FA, Josephine Charlie memberitahu pemain yang mempunyai kemahiran tinggi akan dipilih mewakili Miri ke Karnival Bola Sepak Wanita Sarawak pada 6 hingga 12 Mei depan.

Menurutnya, Miri akan menjadi tuan rumah kepada kejohanan terbabit dan pemain-pemain bola sepak wanita yang ingin melonjakkan kemahiran ke tahap lebih tinggi dicabar menyertai kejohanan itu.

Johan, naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima sebuah piala dan medal.

Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undi pada 28 Mac ini di Pusat Belia Miri.

Borang penyertaan boleh didapati di Kedai City Sport Miri atau sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Josephine di talian 012-8705750, Abu Bakar Amran (019-8849689) atau Elizabeth Oyau (012-8982201).