Mohd Rafizul dipilih jalani ujian skuad kriket negara

0

KUCHING: Persatuan Kriket Sarawak (PKS) melahirkan rasa bangga apabila seorang pemain mereka dipilih untuk menjalani pemilihan bagi skuad negara menghadapi Kejohanan Piala Elit ACC Bawah 19 Tahun di Kuala Lumpur dari 1 hingga 13 Mei depan.

Pemain berkenaan, Mohd Rafizul Radiman, 16, dipilih berdasarkan persembahan cemerlangnya ketika saingan Kejohanan Kriket Bawah 19 Tahun antara negeri yang berakhir Januari lalu Setiausaha Kehormat PKS, Gordon Chung berkata kita sangat berbesar hati kerana inilah kali pertama anak Melayu kelahiran Sarawak diberi peluang untuk menyumbang kepada pasukan kebangsaan dan berharap beliau akan menyinar di pentas yang lebih tinggi.

“Pihak PKS berasa bangga dengan Mohd Rafizul dan berharap kejayaan beliau akan menjadi pendorong kepada pemain-pemain lain agar berusaha dengan lebih gigih,” katanya di sini semalam.

Mohd Rafizul merupakan bekas pelajar SMK Agama SHOAW dan sekarang menuntut di SMK St. Thomas.