DUN bersidang mulai 20 Mei

0

KUCHING: Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-18 dijadual berlangsung dari 20 hingga 29 Mei depan.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bagaimanapun memberitahu, tarikh itu akan diubah sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan pada tempoh sama.

“DUN Sarawak akan bersidang mulai 20 Mei ini, selama lapan hari tetapi kita akan mengubah tarikh berkenaan sekiranya PRU13 diadakan pada tempoh sama.

“Mesyuarat mesti berlangsung, tidak boleh dibatalkan kerana ia adalah mandatori untuk mengadakannya dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terdahulu (November 2012),” katanya ketika ditemui pada program Taklimat Penceramahan anjuran Biro Tata Negara di sini, semalam.

Ditanya int ipati mesyuarat kali ini, Mohamad Asfia berkata masih terlalu awal untuk memaklumkannya.

Kali terakhir persidangan DUN diadakan ialah pada 19 November 2012.